LATAR BELAKANG SEJARAH SEKOLAH AGAMA FELDA SEMENCHU, KOTA TINGGI.
Sekolah Agama Fela Semenchu merupakan salah sebuah sekolah agama Kerajaan Negeri Johor. Sekolah ini ditubuhkan dan didaftarkan di bawah penguasaan Kerajaan Negeri.
Sekolah ini didaftarkan dengan nama SEKOLAH AGAMA FELDA SEMENCHU pada tahun 1978 bersempena nama tempat ia di bina. Seskolah ini terletak di Kampung Felda Semenchu, kira-kira 42km dari Bandar Kota Tinggi.
Sekolah mula berfungsi dengan baik pada tahun 1980, di mana sebelumnya sebuah rumah kakitangan Felda digunakan sebagai kelas pengajaran dan pembelajaran. Keadaan sekolah ketika itu amat dhaif kerana tidak mempunyai bangunan yang baik, kekurangan guru dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Bangunan sekolah ini mula di bina pada tahun 1976 dan siap sepenuhnya pada tahun 1980. Pada peringkat awal sekolah ini mempunyai dua blok bangunan dan tidak mempunyai kantin. Jumlah pelajar pada ketika itu seramai 150 orang dan guru seramai 7 orang, di bawah pentadbiran Guru Besar partama iaitu Ustaz Marjuni Bin Mohamad (1979-1987). Sesi persekolah pada ketika itu dimulakan dengan kelas Kemahiran Asas Fardhu Ain (KAFA), yang terdiri daripada KAFA 1 dan KAFA 2. Kelas ini mesti diikuti oleh semua pelajar yang memasuki sekolah ini. Usia pelajar yang menuntut disini ialah 7 tahun atau darjah 1 dan darjah 2, mereka yang mengikuti kelas KAFA 1 dan KAFA 2 di Sekolah Agama. Selepas menghabiskan kelas KAFA selama 2 tahun, barulah pelajar tersebut memasuki darjah 1 sehingga tamat Darjah Khas iaitu selepas LULUS Darjah Enam.
Bilangan pelajar semakin bertambah setiap tahun, manakala bangunan tambahan juga turut di bina secara berperingkat mengikut keperluan. Kini Sekolah Agama Felda Semenchu telah mmepunyai 3 blok bangunan 1 tingkat, sebuah kantin, dataran perhimpunan dan kini dalam pembinaan iaitu tempat letak kenderaan. Dengan kemajuan dan perkembangan yang diperolehi, ia menambah keselesaan kepada para pelajar pada masa kini.
FALSAFAH SEKOLAH
Sekolah Agama Felda Semenchu berkeyakinan bahawa murid-murid sekolah ini berkebolehan dan berkemampuan untuk cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum serta dapat mengamalkan displin yang tinggi, mementingkan nilai-nilai kasih-sayang, menghormati sesama insan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada kesejahteraan diri serta memberi sumbangan bakti kepada agama, bangsa dan negara, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI SEKOLAH
Sekolah ini ingin melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam kurikulum, ko-kurikulum serta bersahsiah tinggi.
MISI SEKOLAH
Menjadikan sekolah ini sebagai pusat pengembangan dan penyebaran ilmu pengetahuan yang dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh setiap individu.
Mewujudkan suasana harmonis bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna, berkesan dan mengekalkan komitmen yang tinggi di kalangan anggota sekolah.
Mencapai prestasi akademik dan bukan akademik yang tinggi dan sentiasa memberi keutamaan kepada kualiti dan kuantiti.
Melahirkan generasi yang bersahsiah tinggi, yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
OBJEKTIF SEKOLAH
Supaya murid dapat mengenal, mempelajari, memahami dan menghayati asas-asas aqidah dan ibadah serta sentiasa bersyukur kepada Allah.
Supaya murid dapat membaca Al-Quran dengan bacaan dan bertajwid serta dapat memahami dan menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya di samping boleh menghafal surah-surah pilihan.
Supaya dapat membentuk peribadi mulia, berfikiran positif, kreatif dan sentiasa berdaya saing dan berdaya maju.
Supaya dapat memupuk kemahiran menulis dan membaca jawi serta dapat mempertahankannya.
Supaya dapat mempelajari dan memahami asas-asas muamalat, kekeluargaan dan sistem perundangan Islam.
Mempelajari, memahami dan memupuk kemahiran berbahasa Arab sama ada secara lisan atau tulisan.
Supaya dapat melakukan dan menghayati amalan-amalan fardhu ain, fardhu kifayah dan sunat dengan baik menerusi pelajaran amali.
MATLAMAT DITUBUHKAN
Matlamat sekolah ini ditubuhkan ialah untuk melahirkan generasi muslim, mukmin yang terpelajar, terdidik dan bertaqwa ( beriman, berilmu, beramal soleh dan berperibadi mulia) yang mempunyai kesedaran sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah di muka bumi yang bertanggungjawab terhadap Allah dan dipertanggungjawab untuk mengimarahkan bumi melalui proses pendidikan rohani, emosi, intelek, jasmani dan amali yang bersepadu dan seimbang sehingga tercapai hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.
Jelasnya bahawa matlamat utama adalah untuk melahirkan generasi yang beketerampilan dan kaya dengan peradaban serta berakhlak mulia sebagai manusia yang sempurna dari semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sama ada dari segi keduniaan dan keakhiratan. Mengharapkan agar pelajar menjadi insan yang soleh dan solehah dalam mengabdikan kepada Allah di samping menjadi khalifah atau penyambung warisan kebenaran di bumi ini.
FUNGSI SEKOLAH
Melaksanakan sistem pendidikan agama yang sistematik dan berwawasan.
Melahirkan generasi muslim yang memahami Islam berdasarkan Al-Quran, Al-Hadith dan Al-Ijma’.
Mendekatkan anggota masyarakat Islam ke arah menjadikan Islam sebagai cara hidup umat.
Menyediakan barisan pelapis para Ilmuan Islam yang komited ke arah kelangsungan Islam yang cemerlang.
Isnin, 29 Mac 2010
SEKOLAH AGAMA FELDA SEMENCHU,
FELDA SEMENCHU, 81900
KOTA TINGGI, JOHOR.
email : safsemenchu10@gmail.com
Langgan:
Catatan (Atom)